Wednesday, April 13, 2011

JaNgaN DiTaNgiS! aPa YaNg BuKaN MiLiKmU...

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

2 comments:

  1. saya stuju sgt gan halimah..walau nangis teruk mcm mn pun andai mmg dah d takdirkn pkara tu bukan milik kita ianya ttp takkn ada untuk kita...namun hakikatnya manusia mana pernah lari dari kisah air mata...temasuk saya blh dikatakn tangisan teman setia dalam melalui kehidupan yg penuh gan 1001 makna.nangis tak salah tp kalo asyik tangisi pkara yg sama jak rugilah kehidupan...kehidupan antara permainan yg terhebat sebenar benarny penuh gan kebahagian cuma sesetengah insan termasuk saya tak melalui nikmat dunia dengan sebaikny..lemas dalam dunia ciptaan sendiri shinggakan tangisi pkara yg bukan milikmu........like sgt2 entry halimah,,:D

    ReplyDelete
  2. thanks ye SIZm Iz...kite mesti redha ngn ketentuanNya..jgn d sesali ape yg telah blaku...byk hikmah d sebalik sume tu...belajarlh dari pengalaman lalu...ambil iktibar ngn ape yg telah kita lalui...pengalaman akan mematangkan cara kite bfikir n mendewasakan kita...sume org de pengalaman n kisah tsendiri...cuma cara DIA menguji kita shj yg bbeza...hadapilah sume tu ngn sbr n tbh...insyaAllah DIA sentiasa de bsama2 ngn org yg sbr n tbh...:-)

    ReplyDelete