Sunday, April 29, 2012

DIAlah segalanya

Apabila dirimu memerlukan KEKASIH maka pilihlah ALLAH..
Apabila dirimu memerlukan RAKAN maka pilihlah AL-QURAN..
Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...
 
Kerana Dialah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah HILANG
Malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNya yang memerlukan..✿

Saturday, April 28, 2012

HoPe

Kita jangan terlalu mengharap dan mengimpikan,
kerana mengharap kekadang tidak pasti menjadi kenyataan..

Tetapi kita boleh bersabar dalam meletakkan harapan,
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan...

Jangan terlalu meletakkan harapan tinggi pada sesuatu yang belum pasti,
kerana jika tidak diperolehi, pastinya kecewa sekali di dalam hati...

Namun letakkanlah harapan itu atas tawakal pada Ilahi,
semoga dengan tawakal itu menjadikan hati kita redha pada setiap apa yang terjadi...

InsyaAllah...♥
from: Sebutir Kasih Sejuta Sayang

Sunday, April 22, 2012

Jom belajar!

Belajar DIAM daripada banyaknya BICARA
Belajar SABAR daripada sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN daripada hidup SENANG
Belajar MENANGIS daripada suatu KEBAHAGIAAN
Belajar KEIKHLASAN daripada KEPEDIHAN
Belajar TAWAKKAL daripada UJIAN
Belajar REDHA daripada suatu KETENTUAN..

* Nama pun "belajar". Jadi, mulakan perubahan sedikit demi sedikit secara berterusan. Itu lebih baik daripada langsung tidak mahu belajar.

P/S: Manusia yang tidak mahu melakukan perubahan dalam hidupnya baik dari segi tingkah laku mahupun aktiviti hidupnya adalah manusia yang sampai bila2 pun akan hidup dalam "kemunduran".