Saturday, May 28, 2011

thiNkss

• Jika manusia mengecewakanmu,Jangan berduka kerana Allah SWT selalu menunaikan harapanmu
• Jika manusia menzalimimu, Jangan berduka kerana Allah SWT selalu berlaku adil terhadapmu
• Jika manusia melukaimu, Jangan berduka kerana Allah SWT selalu menitipkan penyembuh buatmu
• Jika manusia menyayangimu, ketahuilah bahawa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah SWT terhadapmu

Tuesday, May 24, 2011

JaNgaN

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah... 
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. 
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

KaWaN

kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... 
kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... 
kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir..... 
kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... 
kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! 
kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........
kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.... 
kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... 
kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. 

walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku berkawan..!!

TaHuKah AnDa....

Tahukah Anda,( Ensiklopedi Al Qur’an) 
 1. Surat yang tak diawali dengan Basmalah adalah surat Al.Taubah 
2. Surat yang memiliki dua basmalah adalah surat An Naml 
3. Mahkota dan keindahan Al Quran Adalah surat Ar Rahman 
4. Jantung Al Quran adalah Surat Yasiin 
5. Surat terpanjang adalah surat Al Baqarah
6. Surat terpendek adala Al Kautsar 
7. Ayat terpanjang dalam Al Quran adalah ayat ke 282 dari surat Al Baqarah 
8. Ayat terpendek dalam Al Quran adalah Thaha 
9. Huruf pertengahan dalam Al Quran adalah huruf Ta’ 
10. Kata terpanjang dalam Al Qur an adalah Fa asqaina kumuhu (Al Hijr 22) 
11. Kata paling pendek dalam Al Quran adalah Ba dalam Basmalah 
12. Surat yang pertama kali turun adalah Al Alaq 
13. Surat yang terakhir turun adalah AL- Nashr 
14. Jumlah Juz dalam Al Quran adalah 30 juz 
15. Ayat-ayat yang bilamana orang yang mendengarnya atau membacanya wajib bersujud ada empat ayat As-Sajdah ke-32, Fushilat ayat ke -41, Al Najm ayat ke-53, dan Al Alaq ayat ke-19 ) 
16. Jumlah Basmalah dalam Al Quran ada 144 
17. Ayat yang paling penting dalam Al Quran adalah ayat kursy 
18. Surat yang diseluruh ayat-ayatnya menyertakan kata Allah adalah surat Al Mujadalah 
19. .Surat yang tidak terdapat huruf Mim didalamnya adalah Al Kautsar 
20. Surat yang tidak terdapat huruf Fa didalamnya adalah Al Fatihah 
21. Awal turunnya Al quran adalah 17 Ramadhan tahun pertama kenabian 
22. Al Quran turun kepada Rasulullah Saw selama 23 tahun (menurut riwayat yang mahsyur) sebanyak 95 surat turun di Mekkah

SiaPaKaH?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya... 

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia.

Monday, May 23, 2011

BiLa TiBa SaaTnYa

Bila tiba saatnya, kita harus membuat keputusan. Sama ada keputusan itu tepat atau tidak, kita harus redha dengan ketentuanNya. Kadang-kadang keputusan itu bukan tidak tepat, tapi DIA ingin menguji kita. Sejauh mana kesabaran dan ketabahan kita dalam menghadapi dugaan dan ujianNya. Setiap dugaan yang datang, kita pasti boleh menghadapinya dengan tabah dan sabar. Ini kerana, DIA tahu kita mampu hadapinya. DIA tidak akan membebankan kita, jika kita tidak mampu untuk menghadapinya. Ingatlah DIA sentiasa ada bersama dengan orang-orang yang sabar dan tabah dalam menghadapi ujianNya. 

Dulu, selepas mendapat keputusan PMR, aku memohon untuk memasuki sekolah teknik. Dan permohonan aku telah diterima. Aku mendapat jurusan kejuruteraan elektrik di Sekolah Menengah Teknik Dungun, Terengganu. Tapi aku telah menolak tawaran tersebut kerana aku memikirkan mengenai adik-adikku dan ayahku. Jika aku terima tawaran tersebut, siapa yang akan jaga mereka? Siapa yang akan menyediakan makan minum untuk mereka? Siapa yang akan mengemas rumah? Ini kerana, ibu kami telah meninggal dunia ketika aku berusia 11 tahun.

Aku perlu memilih di antara cita-citaku atau keluargaku. Tapi aku memilih untuk terus berada di sisi keluargaku. Tawaran itu aku tolak. Bagiku, keluarga amat penting. Biarlah cita-citaku untuk memasuki sekolah teknik tidak tercapai. Asalkan aku dapat melihat senyuman dan kebahagian keluargaku. Itu lebih utama bagiku. Jika mereka gembira, aku pun turut gembira.

Ada banyak hikmah disebalik penolakanku untuk memasuki sekolah teknik. Antaranya, aku lebih kuat dan tabah dalam menghadapi unjianNya. Aku juga boleh hidup berdikari. Dan kehidupanku mengajar aku supaya jangan bergantung kepada insan yang bergelar manusia, tapi aku mesti yakin dan bergantung kepadaNya. Kerana kadang-kadang insan yang bernama manusia bersama dengan kita ketika kita senang, tapi bila kita susah, tidak ada seorang pun yang peduli. Itulah lumrah kehidupan ini. Aku juga lebih dekat padaNya. Yang paling aku tidak lupa, selepas tamat tingkatan 5, aku telah menerima tawaran untuk belajar di UiTM Arau, Perlis dalam jurusan Diploma Sains Kuantitatif. Itulah pertama kali aku berpisah dengan keluargaku.

Dan bila tiba saatnya, jika kita perlu membuat keputusan. Sentiasalah memohon dan meminta petunjuk dariNya. Jangan sesekali menyesali keputusan yang telah kita ambil. Ingatlah, banyak hikmah disebalik ujian dan dugaan dariNya. DIA sentiasa ada bersama-sama kita, ketika kita senang atau susah.

tuDuNg...

Bertudung tidak semestinya menutup aurat..
Apa guna memakai tudung tetapi baju dan seluar ketat??
Kenapa pakai tudung kalau terdedah aurat??
Apa guna pakai tudung kalau tudung hanya sepanjang sedepa??
Kenapa pakai tudung tetapi tidak memenuhi syariat ALLAH??
ALLAHUAKBAR!! MASYAALLAH!!
Pernah tak kita fikir??
Apa perasaan RASULULLAH S.A.W kalau tengok keadaan umatnya sekarang??
Sedangkan sebelum Baginda wafat Baginda ingat pada kita..
Ummati,Ummati..
ALLAHUAKBAR!!MASYALLAH!!
YA ALLAH, bukakanlah pintu hati mereka..
Kurniakanlah hidayah kepada mereka..
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia..
Alhamdulillah Ya Allah, tetapkanlah hati kami agar kami sentiasa berada di jalan-Mu yang benar..
Kuatkanlah Iman kami, YA ALLAH..
Amin Ya Robbal A'lamin..

KeRdiLnYa DiRi iNi


“Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu’az bin Jabal r.a, ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada Tuhannya dengan sabdanya:’Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.’”
Abu Muslim menyambung: “kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebut kepadanya hadis Mu’az bin Jabal, maka ia menyatakan;
‘Aku dengar Rasulullah s.a.w menceritakan kepada Tuhannya yang berfirman: ‘Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku.” Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.”

“Ya ALLAH jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU. 
Ya MUHAIMIN….jika aku jatuh hati izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. 
Ya RABBANA, jika aku jatuh hati, jagalah hati aku padanya agar tidak berpaling dari hatiMU. 
Ya RABBUL iZZATI, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU. 
Ya ALLAH, jika aku menikmati cinta kekasihMU janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU. 
Ya ALLAH, jika aku jatuh hati pada kekasihMU, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU. 
Ya ALLAH, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU….
Amin Ya Rabbal Alamin.”

Sunday, May 22, 2011

rest

hohohoho...
Terasa cam dah lama x update blog. Bz ngn stdy tuk exam katakan. Huhuhu. Now i have so much time to update my blog. I have 4 month n it's long time for me. So, my blog xde habuk lg...hehehehe...