Sunday, July 31, 2011

Life

Jangan berbangga dengan CalvinKlien & Armani Exchange anda, kerana pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan & perfume anda kapur barus..
Jangan berbangga dengan 125Z & RXZ anda, kerana Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung..
Jangan berbangga dengan Banglo & Condo anda, kerana Tempat rehat anda yang terakhir adalah Kubur.. 
Jangan berbangga dengan Kehenseman @ Kecantikan anda, kerana Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing & Serangga..

Saturday, July 23, 2011

that's right

Solehnya lelaki itu bukan terletak pada kopiah yang dipakai..
Bukan pada paras rupa yang 'macho',
Bukan pada bait bicaranya yang romantis..
Solehahnya wanita itu juga bukan terletak pada tudung labuh & jubah yang dipakai,
bukan terletak pada wajahnya yang manis,
Bukan pada senyuman yang lembut & menawan..
Tapi soleh dan solehahnya hamba Allah itu pada amal yang dilakukan...
Bukan menyakiti orang lain, tapi cuba untuk membuatkan orang lain senang padanya...

Tuesday, July 19, 2011

Don't

Jangan hanya sujud ke sejadah saat susah.
Jangan hanya mengenal telekung saat sesak.
Jangan hanya memandang qiblat saat payah.
Jangan hanya teringat wudhu’ saat lemas.
Jangan hanya mengenal tasbih saat hanyut.
Jangan hanya memandang alam saat alpa.
Sayang yang tak kelihatan ada pada hati, letaknya iman.
Carilah sayang Agung itu. Agar sayang tak lagi palsu.