Thursday, January 5, 2012

Bersabar dengan UJIAN...

Hidup ini kita tak lari dari ujian, kadang kala ujian itu membuatkan diri kita rasa merasa lemah dan berputus asa. Ujian itu menandakan Allah sayang kepada kita.  Apa jua ujian yang dihadapi.. Tolong ingat kepada Allah... InsyaAllah, Allah akan tolong kita, Allah akan permudahkan jalan utk kita menghadapinya... InsyaAllah... bersabarlah... kuatkanlah hati menghadapinya... Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang bersabar. InsyaAllah...

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan serta sebelum menuju ke negeri akhirat yg abadi....
  • KENAPA AKU DIUJI?
  • “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 
     
  • KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
  • “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216 
     
  • KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
  • “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286 
     
  • RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
  • “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139 
     
  • BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
  • “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200  
    “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45 
  • APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
  • “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… -Surah At-Taubah ayat 111 
     
  • KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
  • “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129 
     
  • ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
  • “… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” - Surah Yusuf ayat 12
Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH  dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA. Mari sama-sama kita amalkan doa ini:

(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(2:286)

Sama-samalah kita bina kekuatan di dalam diri kita, apabila bermacam-macam dugaan datang di dalam hidup kita, kerana Allah dekat dengan kita dikala ujian itu datang, jika kita mengingati NYA.


SUMBER: http://adminskss.blogspot.com/2011/02/bersabar-dengan-ujian.html

Usah Risau Jika Belum Berpunya

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. “Orang lain semua dah nak kawin, tinggal aku sorang saja”. Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.
  
“Aku tak cantik ke?”
“Aku kurang bergaya ke?”
“Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?”
“Aku tak pandai meng’ayat’ agaknya.”

Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang masih belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki membutakan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting dapat.

            Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik- serik lagi diri didustai. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan- Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

            Oh, remaja!

            Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya sudah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak- anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

            Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para- para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba giliran anda mendapat seruan, yakinlah!

            Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita- cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.

            Begitu jugak buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first”. Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang sudah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul- betul mampu dan bersedia.

            Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan berputus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan- Nya. Teruskan berusaha!

            Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

            Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik- baiknya, gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

            Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam yang jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.

            Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti. Sama ada kita mendapatkannya dengan cara yang mulia atau sebaliknya. Wallahu’alam.

SUMBER: http://adminskss.blogspot.com/2011/03/usah-risau-jika-belum-berpunya.html

Warkah untuk HAWA

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

SUMBER: http://adminskss.blogspot.com