Wednesday, December 21, 2011

DIA sentiasa ada di sisiku..:))

"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Hadis riwayat Muslim

Sabda Rasulullah saw: "Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: "Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: "Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,' kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

Sunday, December 18, 2011

kegagalan @ kejayaan

"Kadang-kadang.....
Kegagalan atau keburukan, lebih bernilai daripada kejayaan atau kebaikan..
Jangan kita asyik mencari kesempurnaan, nanti kita terlupa tentang keburukkan dan kesilapan..
Bila kita terlupa tentang kesilapan atau kesalahan diri kita sendiri, kita akan lupa untuk berdoa dan mengadu pada Allah SWT..
Janganlah...jangan sampai terjadi sedemikian...
Jangan bangga dengan kesempurnaan yang kita miliki, kerana ia akan hilang pada suatu masa...
masa yang akan kekal misteri, kerana ia dibawah kuasa Allah SWT..

TaKdIr KeHiDuPaN

~::Takdir kadang-kadang MEMPERTEMUkan kita dengan SESUATU yang tidak diundang,
~::MEMBERI apa yang tidak dirancang,
~::MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan..
~::Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan,menyemai benih keakraban,
~::serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..~

Saturday, December 17, 2011

why....


•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•..•*´¨`*•..•*´¨`*•.
Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yang lebih MENYAYANGI?
Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yang lebih MEMAHAMI?
Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yang lebih MENCINTAI?
Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yang boleh MEMBERIKAN kita segalanya..
... ... Mengapa perlu terus bersedih andai kita tahu ada yang lebih SETIA.
Mengapa perlu bersedih andai kita tahu bahawa DIALAH segalanya buat kita.
•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•..•*´¨`*•..•*´¨`*•.

Tuesday, December 6, 2011

WaNiTa

Wanita Cantik ialah
~ Melukis kekuatan melalui masalah
~ Tersenyum saat tertekan
~ Tertawa saat hati sedang menangis
~ Tabah saat terhina
~ Mempersona saat memaafkan
~ Mengasihi tanpa balasan
~ Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi