Friday, April 29, 2011

Doa 4

Doa Ketika  Hampir Putus Asa dengan Kehidupan
Ya Allah, dengan pengetahuanMu akan yang ghaib dan kemampuanMu dalam menciptakan. Hidupkanlah aku selama Engkau mengetahui bahawa kehidupan itu lebih baik bagiku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon rasa takut kepadaMu pada waktu sembunyi dan terang-terangan. Dan aku memohon kepadaMu dapat berkata yang benar pada waktu sedang rela dan marah. Dan aku memohon kepadaMu sederhana pada waktu kaya dan miskin. Dan aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak akan habis. Dan aku memohon kepadaMu kesenangan yang tidak ada putusnya. Dan aku memohon kepadaMu rela menerima setelah takdirMu yang telah berlaku. Dan aku memohon kehidupan yang baik setelah kematian dan kebahagian melihat wajahMu dan kerinduan kepada perjumpaan denganMu, tanpa bahaya dan membahayakan dari fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan hiasan keimanan dan jadikan kami orang yang memberi petunjuk yang telah mendapat petunjuk. (HR. An-Nasa'i dan Ahmad)

 Doa Supaya Perkara Dimudahkan
Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku. (Surah Taha: 25-28)

Sunday, April 24, 2011

iBu...

Semua orang mempunyai ibu. Tanpa ibu, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ibu adalah insan yang paling mulia bagi kita. Ibu telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Ibu juga telah mencurahkan sepenuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan memberikan sepenuh perhatian kepada kita. Kasih saying seorang ibu tiada tolak bandingnya. Walau kita buat salah sekalipun, ibu tetap akan memaafkan kita.

Ketika kita kecil, jika kita jatuh sakit atau demam, ibu sanggup berjaga sehingga larut malam untuk memastikan kita sihat walafiat. Kadang-kadang ibu sanggup tidak tidur demi kita yang sedang sakit. Tetapi pada hari ini, kebanyakkan kita lupa akan setiap jasa dan pengorbanan yang ibu kita lakukan. Jika ibu kita sakit di kampung, ada diantara kita tidak pulang untuk menjenguk ibu kita. Ibu kita tidak mengharapkan kita untuk pulang terlalu lama ke kampung. Tetapi cukuplah dengan menjenguknya walau sesaat. Itu sudah cukup buat ibu kita. Ini kerana, ibu kita faham yang anak-anak mereka sibuk dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing. Jika kita dapat pulang walau sesaat, itu sudah membuatkan ibu kita tersenyum dan gembira. Sebenarnya, ibu kita memerlukan perhatian dan kasih sayang dari anak-anaknya.

Tidak guna jika kita hidup dalam kemewahan, tetapi kita tidak dapat membahagiakan seorang insan yang bernama ibu. Kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, tapi ia memerlukan perhatian dan kasih sayang dari kita. Tiada guna kalau kita hidup dalam kemewahan, tapi kita selalu membuatkan ibu kita menderita dan dahagakan kasih sayang dari kita sebagai seorang anak. Sedarkah kita bahawa, kita hanya mempunyai seorang ibu. Jika ibu kita telah tiada, tiada guna kita menyesal kerana tidak dapat memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada ibu kita. Selagi kita mempunyai seorang ibu, jagalah ibu kita dengan sepenuh perhatian dan sebaik mungkin. Penuhilah setiap permintaan ibu kita. Ibu kita tidak mungkin akan meminta sesuatu di luar kemampuan kita.

Apabila kita hidup senang lenang. Kita jangan lupa akan setiap pengorbanan dan jasa ibu kita. Kita jangan lupa akan asal usul kita. Apabila ibu kita telah tiada, baru kita akan sedar bahawa ibu adalah insan yang paling berharga dalam hidup kita. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Oleh itu, hargailah ibu kita. Sentiasalah menjenguk ibu kita di kampung. Walau sesibuk mana pun kita, luangkanlah sedikit masa kita untuk ibu kita di kampung. Ibu kita sentiasa menunggu kepulangan kita. Jika kita tidak dapat pulang ke kampung, sekurang-kurangnya kita telefon ibu kita. Selalulah bertanya akan khabar ibu kita. Adakah ibu kita sihat? Adakah ibu kita sudah makan?

Jika ibu kita meredhai kita, insyaAllah hidup kita akan diberkati olehNya. Janganlah menjadi seorang anak yang tidak mengenang akan setiap pengorbanan dan jasa ibu kita. Kita juga jangan menjadi seorang anak yang menderhaka kepada ibu kita. Jadilah seorang anak yang boleh membahagiakan ibu kita dan yang membolehkan ibu kita tersenyum setiap hari bukan menangis setiap hari.

Sempena hari ibu yang bakal menjelma tidak lama lagi, saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu di luar sana. Dan saya mendoakan semoga ibu saya ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah. Amin. Al-Fatihah buat ibu saya. Ibu, namamu sentiasa terpahat dihatiku. Luv my mom very much♥♥♥..


♥♥♥


Saturday, April 23, 2011

SeOraNg InSaN YaNg BeRnaMa SaHaBaT...

SAHABATKU…
KADANG-KADANG DIRIKU TERASA SUNYI DAN SEPI
DIRIKU SENTIASA MERINDUI GURAU SENDAMU DAN SENYUMANMU……
SALAHKAH DIRIKU JIKA DIRIKU MENYAYANGI DIRIMU???
SEBAGAI SEORANG SAHABAT SEJATI…
 TEGURANMU TERHADAPKU TELAH MENYEDARKANKU
AKAN HIDUP INI TERLALU SINGKAT
KITA TIDAK TAHU BILA KITA AKAN DIJEMPUT OLEHNYA
ENTAH SEKEJAP LAGI, ENTAH MALAM INI DAN ENTAH ESOK HARI…
HANYA DIA YANG MAHA MENGETAHUI…..
DIRIMU JUGA TELAH BANYAK MEMBUATKAN DIRIKU
SENTIASA TERFIKIR TENTANG SEMUA PERKARA
YANG TELAH BERLAKU DALAM KEHIDUPANKU SEHARIAN
DAN DIRIMU TELAH BANYAK MEMBERI SEMANGAT KEPADAKU
KETIKA DIRIKU BERADA DI DALAM KESEDIHAN DAN KESUSAHAN....


SAHABATKU…
KADANG-KADANG DIRIKU INGIN BERKONGSI SUKA DAN DUKA BERSAMAMU
TETAPI DIRIKU TAKUT DAN BIMBANG DIRIKU TERLALU
MEMBEBANKAN DIRIMU…
BUKAN DIRIKU TERLALU EGO TETAPI DIRIKU
TIDAK SANGGUP MELIHAT DIRIMU BERADA DALAM KESUSAHAN 
DAN DIRIKU JUGA TIDAK SANGGUP UNTUK MENYUSAHKAN
DIRIMU DENGAN MASALAHKU……
DIRIKU JUGA TIDAK TAHU BAGAIMANA  
DIRIKU INGIN MENCERITAKAN MASALAHKU KEPADA DIRIMU…
KERANA SELAMA INI DIRIKU TIDAK PERNAH BERKONGSI
DAN MENCERITAKAN MASALAH YANG DIRIKU ALAMI KEPADA SESIAPAPUN…
MAAFKAN DIRIKU YANG KHILAF INI…….. 


 SAHABATKU…
MELALUI MASALAH TERSEBUT IA TELAH MEMATANGKAN DIRIKU
DAN TELAH MENGINGATKAN DIRIKU SUPAYA REDHA DAN PASRAH
DENGAN QADA’ DAN QADANYA 
DI SAAT DIRIKU MERASAKAN KESEORANGAN
DIRIMU HADIR MEMBERI KATA-KATA SEMANGAT KEPADA DIRIKU
UNTUK DIRIKU MENERUSKAN KEHIDUPAN INI
KERANA KADANG-KADANG DIRIKU SEOLAH-OLAH
BERPUTUS ASA DENGAN HIDUP INI.....
DAN DIRIKU JUGA TIDAK SEKUAT DAN SETABAH DIRIMU 
UNTUK MENERUSKAN HIDUP INI
DIRIKU BERSYUKUR KERANA DIA TELAH MENGURNIAKAN
SEORANG SAHABAT YANG TERLALU BAIK UNTUK DIRIKU
DAN TELAH MEMBERI BANYAK SOKONGAN DAN DORONGAN
BUAT DIRIKU….ALHAMDULILLAH…
KADANG-KADANG SETIAP YANG BERLAKU PADA KITA TANPA DIPINTA…..
WALAUPUN PERIT UNTUK MENELAN DAN MENERIMA ITU SEMUA
KITA MESTI REDHA DAN PASRAH DENGAN KETENTUANNYA 
 
SAHABATKU...
DIRIKU BERSYUKUR KERANA DIKURNIAKAN
SEORANG SAHABAT SEPERTIMU YANG SENTIASA MEMAHAMI DIRI INI
DAN SENTIASA BERSAMA DENGAN DIRIKU DIDALAM SUKA DAN DUKA
ALHAMDULILLAH…..DIRIMU ADALAH SHABAT YANG “SEJATI” DAN
DIRIMU JUGA ADALAH TEMAN YANG “SEJATI”
BUAT DIRIKU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT……
THANKS A LOT COZ BEING MY FRIENDS
FRIENDS FOREVER!!!!
 

Friday, April 15, 2011

TiPssss

Orang soleh sentiasa menyembunyikan amalan kebaikannya dari diketahui oleh orang lain kerana mengharapkan redha ALLAH SWT dan takut akan pujian manusia....

Sebaliknya orang berdosa sentiasa memperlihatkan amal kebajikannya kepada orang supaya dianggap orang baik dan sentiasa menerima pujian.....

Orang soleh tidak merasa kecewa atau susah hati apabila amal kebajikannya tidak dipandang atau dihargai oleh orang lain.....

Sebaliknya orang berdosa merasa marah dan kecewa apabila amal kebajikannya tidak dihargai.....

eRmmmmm

:: Hidup ini memang payah, namun jangan sesekali jiwa menyerah kalah. Walau sesusah manapun hidup yang dilalui, biarlah tetap teguh iman di hati. Jangan sesekali mempersoalkan kenapa diriku diduga sebegini rupa, namun katakanlah ALLAH sedang mengujiku untuk meningkatkan darjat keimananku kepadaNYA ...Usah diminta 'ringankan ujian ' namun pintalah 'beratkan iman dalam menghadapi ujian ..wallahu'alam =)