Sunday, April 24, 2011

iBu...

Semua orang mempunyai ibu. Tanpa ibu, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ibu adalah insan yang paling mulia bagi kita. Ibu telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari. Ibu juga telah mencurahkan sepenuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan memberikan sepenuh perhatian kepada kita. Kasih saying seorang ibu tiada tolak bandingnya. Walau kita buat salah sekalipun, ibu tetap akan memaafkan kita.

Ketika kita kecil, jika kita jatuh sakit atau demam, ibu sanggup berjaga sehingga larut malam untuk memastikan kita sihat walafiat. Kadang-kadang ibu sanggup tidak tidur demi kita yang sedang sakit. Tetapi pada hari ini, kebanyakkan kita lupa akan setiap jasa dan pengorbanan yang ibu kita lakukan. Jika ibu kita sakit di kampung, ada diantara kita tidak pulang untuk menjenguk ibu kita. Ibu kita tidak mengharapkan kita untuk pulang terlalu lama ke kampung. Tetapi cukuplah dengan menjenguknya walau sesaat. Itu sudah cukup buat ibu kita. Ini kerana, ibu kita faham yang anak-anak mereka sibuk dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing. Jika kita dapat pulang walau sesaat, itu sudah membuatkan ibu kita tersenyum dan gembira. Sebenarnya, ibu kita memerlukan perhatian dan kasih sayang dari anak-anaknya.

Tidak guna jika kita hidup dalam kemewahan, tetapi kita tidak dapat membahagiakan seorang insan yang bernama ibu. Kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, tapi ia memerlukan perhatian dan kasih sayang dari kita. Tiada guna kalau kita hidup dalam kemewahan, tapi kita selalu membuatkan ibu kita menderita dan dahagakan kasih sayang dari kita sebagai seorang anak. Sedarkah kita bahawa, kita hanya mempunyai seorang ibu. Jika ibu kita telah tiada, tiada guna kita menyesal kerana tidak dapat memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada ibu kita. Selagi kita mempunyai seorang ibu, jagalah ibu kita dengan sepenuh perhatian dan sebaik mungkin. Penuhilah setiap permintaan ibu kita. Ibu kita tidak mungkin akan meminta sesuatu di luar kemampuan kita.

Apabila kita hidup senang lenang. Kita jangan lupa akan setiap pengorbanan dan jasa ibu kita. Kita jangan lupa akan asal usul kita. Apabila ibu kita telah tiada, baru kita akan sedar bahawa ibu adalah insan yang paling berharga dalam hidup kita. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Oleh itu, hargailah ibu kita. Sentiasalah menjenguk ibu kita di kampung. Walau sesibuk mana pun kita, luangkanlah sedikit masa kita untuk ibu kita di kampung. Ibu kita sentiasa menunggu kepulangan kita. Jika kita tidak dapat pulang ke kampung, sekurang-kurangnya kita telefon ibu kita. Selalulah bertanya akan khabar ibu kita. Adakah ibu kita sihat? Adakah ibu kita sudah makan?

Jika ibu kita meredhai kita, insyaAllah hidup kita akan diberkati olehNya. Janganlah menjadi seorang anak yang tidak mengenang akan setiap pengorbanan dan jasa ibu kita. Kita juga jangan menjadi seorang anak yang menderhaka kepada ibu kita. Jadilah seorang anak yang boleh membahagiakan ibu kita dan yang membolehkan ibu kita tersenyum setiap hari bukan menangis setiap hari.

Sempena hari ibu yang bakal menjelma tidak lama lagi, saya ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu di luar sana. Dan saya mendoakan semoga ibu saya ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah. Amin. Al-Fatihah buat ibu saya. Ibu, namamu sentiasa terpahat dihatiku. Luv my mom very much♥♥♥..


♥♥♥


No comments:

Post a Comment