Wednesday, April 13, 2011

aPaBiLa DiRi DiHiNa...

DIAM dan SABAR. Ia adalah satu perkara yang susah dan sukar untuk kita lakukan. Apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan oleh orang lain lebih-lebih lagi di khalayak ramai. Namun itulah tindakan yang terbaik buat kita. Tapi kadang-kadang, kesabaran kita ada batasnya.

Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Antara panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina ialah:-
  1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya sendiri, ahli keluarga mereka, dan sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
  2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  4. Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. InsyaAllah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. InsyaAllah.

p/s: Sentiasalah tersenyum jika diri kita dihina dan dikeji. InsyaAllah mereka akan berhenti dari menghina dan mengeji kita...:-)






3 comments:

  1. btl3~bila dr kita d hina dan di keji..kita diam dan sabar jak...pastu smile gan insan tu..kalo tambah gan ucapan terima ksh pun baik jua..cz pahala kita dapat..biarlah apa org nak kata ttg kita nak hina ka nak caci ka tu hak masing2..dosa dan pahala pun masing2..bak kata org,apa kita kata dan wat pada org tak mustahil terkena gan batang idung sendiri kan..kn3....nie AYAT saya
    "BIARKAN ANJING MENGALAK TUNGGAL POSISI SANG SINGA TTP UNGGUL"...........:D

    ReplyDelete