Sunday, March 27, 2011

DiRiKu DiRiMu JuA....

Hawa....
Bukan Adam tidak mahu menegurmu....
Bukan juga ingin mengiakan tingkah laku mu...
Tapi kadang-kadang Adam hanyut dengan pesona kelembutan seorang wanita....
Yang menyebabkan mereka lalai dan alpa pada tanggungjawab mereka kepadamu...
Iaitu sebagai pembimbingmu....

Adam telah dicipta dengan 9 akal...
Namun dengan akal yang banyak itulah, mereka banyak berimiginasi...
Banyak juga kerosakan yang mereka lakukan di muka bumi ini...
Sehingga mereka lupa pada fitrah yang sebenar...
Iaitu kenapa mereka diciptakan...
 
Hawa...
Adam amat suka kiranya dirimu pandai menjaga diri...
Timbalah ilmu sebanyak yang mungkin....
Kerana bukan mereka tidak mahu mendidik dan menegurmu...
Tetapi selagi dirimu belum sah menjadi milik mereka...
Mereka amat malu untuk mendekatimu...
Apatah lagi untuk menegur tingkah laku mu...

Hiasilah dirimu sebaik-baik hiasan taqwa...
Labuhkanlah pakaianmu dari pandangan liar Adam...
Kuatkanlah akalmu yang nipis dengan iman dan amal...
Jadikanlah Khadijah dan Aisyah sebagai "role model"...
Supaya dirimu tidak lalai dan leka dengan keseronokkan dunia...
Ingatlah bahawa dirimu akan menempuhi alam yang kekal abadi...

Hawa...
Janganlah dirimu menjadi fitnah Adam...
Dan menjadi umpan syaitan untuk merosakkan Adam...
Janganlah dirimu panahkan pandangan dan jelingamu kepada Adam..
Jangan jadikan dirimu cuma hiasan duniawi...
Dan tiada nilai ukhrawi...

Sebaliknya...
Jadilah insan penguat dan penolong untuk Adam...
Dalam menmpuhi cabaran dan dugaan....
Sebagai hambaNYA yang kerdil, lemah dan hina...
Moga kelak kita sama-sama mengecapi nikmat syurga yang kekal abadi...
Amin....

No comments:

Post a Comment